SE4U PERKASA EKOSISTEM KEUSAHAWANAN SOSIAL | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » SE4U PERKASA EKOSISTEM KEUSAHAWANAN SOSIAL

SE4U PERKASA EKOSISTEM KEUSAHAWANAN SOSIAL

Bukit Bintang, 25 April 2022 – Seramai 25 orang pelajar UPM menyertai Kursus Asas Keusahawanan Sosial Institut Pengajian Tinggi (KAK SE-IPT) anjuran Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Kursus ini diadakan sempena Program SE Untuk Anda (SE4U) sebagai hala tuju baharu nasional untuk memperkasakan ekosistem keusahawanan sosial di Malaysia.

Di dalam program ini, para peserta diberi khidmat nasihat keusahawanan dari kementerian dan agensi-agensi kerajaan. Selain itu, terdapat juga pameran dan jualan impak dari pelbagai perusahaan sosial. Para peserta juga menghadiri 'pocket talk' keusahawanan sosial dan mendapat maklumat mengenai pemberian insentif dan program-program lain berkaitan keusahawanan sosial. Program yang bertempat di Ruang Legar WOW Plaza, LaLaport Bukit Bintang Kuala Lumpur ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai masyarakat.

Salah seorang peserta UPM, Aina Amirah berkata “program tersebut sangat bermanfaat kepada pelajar yang masih berjinak-jinak dalam dunia perniagaan”. Aina berharap pihak penganjur akan menjemput pelajar UPM yang tidak dapat turut serta dalam program pada kali ini.

Program dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir semasa majlis perasmian program adalah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar dan Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan, UPM, Prof. Madya Dr. Mass Hareeza Ali.

Tarikh Input: 10/05/2022 | Kemaskini: 10/05/2022 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEbIAl~