'TAPAI MAROMARO' DAN 'PERTANIAN TANPA CANGKUL' BERJAYA PEROLEH DANA KPT RM40,000.00 | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » 'TAPAI MAROMARO' DAN 'PERTANIAN TANPA CANGKUL' BERJAYA PEROLEH DANA KPT RM40,000.00

'TAPAI MAROMARO' DAN 'PERTANIAN TANPA CANGKUL' BERJAYA PEROLEH DANA KPT RM40,000.00

BATU KAWAN, 7 MAC 2024 – Bootcamp University – Community Social Enterprise (UCSE) dan University Social Enterprise Competition (USEC) 2024 telah diadakan di The Ship Campus, Batu Kawan, Pulau Pinang pada 5-7 Mac 2024 yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan perkongsian ilmu keusahawanan kepada usahawan pelajar.

Menurut Dr. Mohd Safwan Ghazali, Pengarah Pusat Pembangunan dan Pendidikan Keusahawanan Universiti Malaysia KeIantan (UMK) yang juga merupakan pengarah program berkata, seramai 106 orang pelajar yang terdiri daripada 53 kumpulan daripada pelbagai Institut Pengajian Tinggi telah menyertai program ini bagi membentangkan cadangan perniagaan mereka dalam sesi “pitching” kepada juri bagi penentuan nilai geran yang akan diperolehi oleh mereka.

“Setiap peserta yang menghadiri program pada hari ini berpeluang untuk memperolehi nilai geran dengan jumlah maksimum sebanyak RM40,000.00 berdasarkan perancangan perniagaan dan penyampaian mereka ketika sesi penjurian dilakukan”, katanya.

Dua kumpulan usahawan pelajar UPM, iaitu Tapai Maromaro yang diketuai oleh Mohd Ikram Marozan dan Pertanian Tanpa Cangkul (PTC) yang dipimpin oleh Adibnur Faaez Abdul Razak, telah berjaya memperolehi geran tersebut dengan masing-masing menerima RM40,000.00.

Menurut Adibnur, melalui program ini, mereka dapat memulakan perniagaan yang telah dirancang bersama ahli kumpulan dengan jayanya, dengan matlamat untuk mendapatkan tempat dalam pertandingan akhir pada bulan September tahun ini.

Bootcamp University – Community Social Enterprise (UCSE) dan University Social Enterprise Competition (USEC) 2024 ini merupakan program yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Majlis Keusahawanan Mahasiswa Universiti Malaysia (MAKMUM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Yayasan Kebajikan Siswa (YKS).

Tarikh Input: 19/03/2024 | Kemaskini: 19/03/2024 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEbUA7~