TEKNIK PENULISAN RESUME DAN INTERVIEW DARI PANDANGAN PAKAR | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » TEKNIK PENULISAN RESUME DAN INTERVIEW DARI PANDANGAN PAKAR

TEKNIK PENULISAN RESUME DAN INTERVIEW DARI PANDANGAN PAKAR

SERDANG, 10 April - Program Resume & Interview: First Step to Success anjuran Sekretariat Usahawan, Alumni dan Kerjaya Kolej Tun Dr Ismail dengan kerjasama Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM), UPM telah diadakan di secara maya di Facebook KTDI pada 10 April 2021 persediaan awal menghadapi temuduga sebelum memulakan latihan industri dan melangkah ke alam pekerjaan tidak lama lagi.

Pengarah CEM, Prof. Madya Dr Mass Hareeza Ali berkata seramai 570 orang peserta program ini telah didedahkan tentang teknik carian kerja dengan mudah. Peserta bukan sahaja diajar dengan teknik mencari kerja, malah mereka juga telah diberi panduan bagaimana menggunakan media sosial dalam mencari kerja.

”Apa yang dikongsikan oleh En. Gerald Lee dan En. Ishak Karim itu sangat bermanfaat sebagai persediaan kepada pelajar yang akan memulakan latihan industry dan juga persediaan bagi bakal graduan yang akan bergraduan akan datang,” ujarnya lagi.

Salah seorang peserta, Nurul Umairah Mohd Sapian berkata, melalui sesi ceramah dan bengkel ini, ianya sedikit sebanyak membantu dalam memberi persediaan kepada pelajar dan bakal graduan dalam menghadapi dunia pekerjaan selepas ini.

“Apa yang kami semua pelajari dalam sesi ceramah dan bengkel ini memang sangat berguna. Selama ini saya hanya mengetahui beberapa cara bagaimana menulis resume. Tatapi selepas mengikuti bengkel dan ceramah ini, ianya membuka mata kami dalam mengadapi dunia sebenar pekerjaan nanti.”, tambahnya lagi.

Program Resume & Interview: First Step to Success anjuran Sekretariat Usahawan, Alumni dan Kerjaya Kolej Tun Dr Ismail dengan kerjasama Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM), UPM.

Tarikh Input: 14/06/2021 | Kemaskini: 14/06/2021 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXDdAAU~