TOP AGRO @ UPM MUNCUL JUARA BUSINESS PITCHING DAN RERUAI TERBAIK | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » TOP AGRO @ UPM MUNCUL JUARA BUSINESS PITCHING DAN RERUAI TERBAIK

TOP AGRO @ UPM MUNCUL JUARA BUSINESS PITCHING DAN RERUAI TERBAIK

Bachok Kelantan, 14 Ogos - Top Agro @UPM berjaya muncul sebagai juara  dalam Pertandingan ‘Business Pitching’  dan memenangi Anugerah Reruai ( Booth) Terbaik sempena Structured Entrepreneurial Incubator Programme (SEIP) anjuran Kementerian pengajian Tinggi (KPT) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Kemenangan itu membolehkan UPM membawa pulang wang tunai RM3,000, RM500 dan sijil penghargaan yang disampaikan oleh Datin Noorazah  Binti Omar, Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa Kementerian Pengajian Tinggi ( KPT)  di Dewan Tuanku Canselor UMK Bachok Kelantan.

Syarikat Agrowers Industri yang diwakili oleh Ahmad Shukry Yahya , Pelajar Fakulti Pertanian berjaya menambat hati juri dengan idea inovasi yang dibawakan melalui Projek  Penanaman Buah Rock Melon Secara Fertigasi dengan bimbingan mentor Prof. Madya Dr. Mass Hareeza Ali, Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) UPM.

"Saya tidak menyangka akan muncul sebagai juara bagi pertandingan ‘Business Pitching’ ini kerana saingan sangat sengit daripada Universiti lain yang membawa produk inovasi mewakili inkubator mereka. Saya juga telah mendapat tawaran daripada Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) bagi menjalankan usahasama dalam Projek Penanaman Rock Melon dengan menggunakan teknologi yang lebih terkini dan meluas pada masa akan datang" kata Ahmad Syukri selepas dinobatkan sebagai juara sebentar tadi.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada CEM UPM kerana telah memberi kepercayaan kepada Syarikat Agrowers Industri dalam melaksanakan Projek Penanaman Buah Rock Melon ini," tambahnya lagi.

Structured Entrepreneurial Incubator Program (SEIP) merupakan inisiatif program keusahawanan Nasional dibawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam mengkomersialkan produk berasaskan inovasi dan teknologi, mencipta pekerjaan, dan meningkatkan ekonomi negara.

Sebanyak 10 inkubator dari 5 buah Universiti Awam dan 2 Politeknik telah berjaya menghasilkan 42 produk dalam kluster Teknologi Digital, Sains Teknologi, Industri Agro, Keusahawanan Sosial dan Industri Kreatif.

Tarikh Input: 15/08/2022 | Kemaskini: 15/08/2022 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXESMAR~