TRANSFORMING YOURSELF! BERJAYA UBAH 700 PESERTA | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » TRANSFORMING YOURSELF! BERJAYA UBAH 700 PESERTA

TRANSFORMING YOURSELF! BERJAYA UBAH 700 PESERTA

SERDANG, 19 Feb - Program virtual bual bicara Virtual #BorakTepi Keusahawanan dan Kerjaya Siri 2 yang bertajuk “Industrial Talk: Transforming Yourself!” telah diadakan di secara langsung dalam talian di Facebook CEM UPM pada 19 Februari 2021. Bual bicara ini telah disampaikan oleh Dr. Mohd Faiq Abd Aziz dengan tujuan untuk mengubah persepsi seseorang individu tentang matlamat hidup dan perubahan diri.

Pengarah CEM, Prof. Madya Dr Mass Hareeza Ali berkata seramai 763 orang peserta program ini telah mengalami perubahan cara pemikiran mengenai kerjaya dan matlamat. Para peserta juga telah diberi panduan untuk membina matlamat hidup dengan mengaplikasikan modul SMART Goals oleh George T. Doran.

”Perkongsian beliau telah sedikit sebanyak membuka mata para peserta untuk menetapkan matlamat hidup yang mampu dicapai dan diminati oleh mereka,” katanya lagi.

 Program bual bicara virtual #BorakTepi Keusahawanan dan Kerjaya ini merupakan anjuran Pusat Pembangunan Keusahawanan & Kebolehpasaran Graduan (UPM).

Tarikh Input: 31/03/2021 | Kemaskini: 31/03/2021 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXDcTAU~