UNILEEB MODUL 3: EKONOMI KITARAN GUNA SUMBER DAYA ALAM DENGAN BERKESAN | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » UNILEEB MODUL 3: EKONOMI KITARAN GUNA SUMBER DAYA ALAM DENGAN BERKESAN

UNILEEB MODUL 3: EKONOMI KITARAN GUNA SUMBER DAYA ALAM DENGAN BERKESAN

Kota Bharu 29 Mei – Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah mengadakan Program UniLEEB Kohort 2 untuk Modul 3 yang bertemakan I-Bus: Business Innovation pada 25 hingga 29 Mei 2022 di Kota Bharu, Kelantan dan Gerik, Perak.

Modul ini memberi penekanan tentang cara pemimpin pendidikan keusahawanan universiti menubuhkan makmal inovasi institusi, inkubator inovasi dan permulaan perniagaan untuk perusahaan pelajar serta usaha perniagaan baharu untuk pengkomersilan. 

Menurut Timbalan Pengarah CEM, Ludinata Misnun yang menyertai program tersebut berkata, di dalam Modul 3 ini, para peserta mempelajari bagaimana ekonomi kitaran (circular economy) dapat membantu sistem ekonomi dunia menggunakan sumber daya alam dengan berkesan.

“Melalui ekonomi kitaran, pengeluaran sesuatu produk industri mensasarkan kitar semula sisa industri tersebut untuk dijadikan produk yang boleh dipasarkan semula”, Katanya lagi.

Selain itu, ekonomi kitaran juga dapat membantu mengurangkan pelepasan karbon, yang bertujuan untuk mengambil tindakan segera memerangi perubahan iklim dan kesan-kesannya terhadap kehidupan di dunia ini.

UniLEEB (University Leaders Entrepreneurial Educators' Bootcamp) ialah siri modul khusus dan komprehensif yang dicipta dan direkabentuk untuk melatih dan mempercepatkan pengetahuan profesional dan pembangunan kemahiran Pendidik Keusahawanan Pemimpin Universiti di Malaysia.

Tarikh Input: 26/07/2022 | Kemaskini: 26/07/2022 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEYIAO~