UNIQA MENANG PERTANDINGAN BOOTCAMP NMEPC 2022 | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » UNIQA MENANG PERTANDINGAN BOOTCAMP NMEPC 2022

UNIQA MENANG PERTANDINGAN BOOTCAMP NMEPC 2022

Besut, Terengganu – Uniqa muncul sebagai salah satu pemenang dalam Pertandingan Pitching Bootcamp sempena Program National Micro Enterprise Pitching Competition (NMEPC) anjuran Universiti Teknikal Melaka (Utem) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Kemenangan itu membolehkan UPM membawa pulang hamper yang disampaikan oleh YBhg. Prof. Madya Datuk Dr. Sabri bin Mohamad Sharif, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Teknikal Melaka di MRANTI Techpark, Bukit Jalil.

Kumpulan Uniqa yang diwakili oleh Mohamad Azeem bin Mohamad Isa, pelajar Sekolah Perniagaan dan Ekonomi berjaya menambat hati juri dengan idea scented candle daripada minyak terpakai untuk mengatasi masalah pencemaran persekitaran seperti pencemaran air dan banjir kilat,  seterusnya mengatasi masalah stress yang  dihadapi oleh pelajar. Kumpulan ini di bawah bimbingan mentor Prof. Madya Dr. Mass Hareeza Ali, pensyarah kanan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi. Juri juga tertarik dengan paparan pembentangan kumpulan ini kerana mereka menggunakan info-info grafik yang terkini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) UPM kerana memberi peluang kepada kami untuk menyertai program NMEPC ini. Kami akan memberikan komitmen yang baik sepanjang program berlangsung dan juga semasa pertandingan akhir”. Tambahnya lagi.

UPM telah menghantar dua kumpulan iaitu Uniqa dan Kumpulan Rain Coffee yang diwakili oleh Ng Yong Cheng, 'Aina Akmal dan Atiqah Supani, pelajar Jabatan Reka bentuk Perindustrian dengan membawa idea unik mereka iaitu produk bijirin kopi yang mengamalkan konsep "Go Green and Zero Waste" dengan bimbingan mentor Ts. Dr. Rosalam Che Me, pensyarah Jabatan Rekabentuk Perindustrian, Fakulti Rekabentuk dan Senibina.

Pengarah CEM, Prof. Madya Dr. Mass Hareeza Ali turut hadir semasa perasmian program berharap agar kumpulan dari UPM lebih kreatif dan inovatif dalam menghasilkan produk agar dapat menarik tumpuan para juri di akhir pertandingan kelak.

Objektif Program NMEPC adalah sebagai platform untuk peserta mendapat bimbingan bagi merangka model perniagaan baharu berteraskan teknologi dan inovasi. Sebanyak 48 penyertaan dalam kalangan institut pengajian tinggi termasuklah Institut Pengajian Tinggi Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti.

Tarikh Input: 09/03/2023 | Kemaskini: 09/03/2023 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEURAj~