UPM CAPAI 99.4% KADAR KEBOLEHPASARAN GRADUAN 2023 | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » UPM CAPAI 99.4% KADAR KEBOLEHPASARAN GRADUAN 2023

UPM CAPAI 99.4% KADAR KEBOLEHPASARAN GRADUAN 2023

Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan UPM memaklumkan bahawa pihak Kementerian Pendidikan Tinggi telah mengumumkan bahawa Kadar Kebolehpasaran Graduan UPM tahun 2023 ialah 99.4%, menyamai rekod tahun 2022.

Peratusan ini diperoleh daripada hasil kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG).

Daripada jumlah 99.4% itu, jumlah peratusan graduan bekerja ialah sebanyak 72.8%, graduan menunggu penempatan kerja sebanyak 7.8%, graduan menyambung pengajian 6.5% dan graduan meningkatkan kemahiran sebanyak 12.2%.

Dalam pada itu, baki 0.6% (31 orang) masih belum/ tidak bekerja. Data yang baharu saja diterima pada hari ini (7 Mei 2024) daripada pihak KPT ini akan dianalisis dan diperincikan oleh pihak CEM. Laporan perincian tersebut akan disediakan untuk makluman LPU dan JPU. Kemudian, dipanjangkan kepada semua Dekan untuk makluman dan tindakan lanjut pihak Fakulti.

Pengarah CEM
7.5.2024

Tarikh Input: 07/05/2024 | Kemaskini: 07/05/2024 | ludinata

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
WXFUCAo~