UPM Gondol 2 Anugerah Keusahawanan KPT 2023 | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » UPM Gondol 2 Anugerah Keusahawanan KPT 2023

UPM Gondol 2 Anugerah Keusahawanan KPT 2023

Kuala Lumpur, 8 Mac 2024 - UPM menang 2 anugerah di Majlis Anugerah Keusahawanan  KPT 2023 di sini, malam ini.

Kemenangan UPM diperoleh melalui Anugerah Mentor Keusahawanan Terbaik 2023 iaitu Prof Madya Dr. Mass Hareeza Ali, Pengarah CEM. Beliau membawa pulang trofi, sijil dan wang tunai RM15,000.00

Manakala itu, Muhammad Hafidz Shahril Izwan pelajar Fakulti Pertanian - Kolej Tan Sri Aishah Ghani, memenangi tempat pertama, Anugerah Syarikat Pemula Siswa Terbaik 2023. Beliau membawa pulang trofi, sijil dan wang tunai RM15,000.00.

 

Mengulas lanjut kemenangannya, Dr. Mass berkata kemenangan ini menunjukkan bahawa CEM berjaya dalam melestarikan pembangunan keusahawanan di UPM melalui kaedah pementoran bersasar.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada pengurusan UPM yang telah banyak menyokong aktiviti keusahawanan siswa UPM.

“Kemenangan ini, menguatkan azam kami untuk terus membangunkan mahasiswa UPM yang mempunyai atribut keusahawanan”, katanya lagi.

Manakala itu, Hafidz pula berkata kemenangannya itu bertitik tolak daripada aktiviti keusahawanan yang diceburi sejak pengajiannya di Pusat Asasi Sains Pertanian.

“Terima kasih Prof Dr. Arifin Abdu, TNCHEPA UPM yang banyak memberi galakan untuk saya menceburi bidang perniagaan siswa. Tidak lupa juga kepada pihak CEM yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya”, ujarnya lanjut.

AKKPT 2023 merupakan anugerah berprestij yang diadakan oleh KPT setiap dua tahun dalam usaha mengiktiraf inisiatif Institusi Pendidikan Tinggi dalam Pembangunan dan Pendidikan keusahawanan - CEM.

Tarikh Input: 13/03/2024 | Kemaskini: 15/03/2024 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEdFAv~