UPM HIRE TAWAR PERKHIDMATAN & KERJA SAMBILAN KEPADA PELAJAR UPM | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » UPM HIRE TAWAR PERKHIDMATAN & KERJA SAMBILAN KEPADA PELAJAR UPM

UPM HIRE TAWAR PERKHIDMATAN & KERJA SAMBILAN KEPADA PELAJAR UPM

SERDANG, 8 Mac – Platform UPM HIRE merupakan sebuah platform yang menawarkan perkhidmatan atau kerja sambilan kepada pelajar yang bertujuan untuk pelajar merebut peluang dalam menawarkan perkhidmatan kepakaran yang mereka miliki dalam memperoleh kewangan tambahan sepanjang pengajian.

Pengarah CEM, Prof. Madya Dr Mass Hareeza Ali berkata buat masa ini lebih daripada 500 komuniti UPM telah mengikuti kumpulan aplikasi whatsapp yang rata-rata mereka didalamnya saling tawar-menawar sebarang peluang dan keperluan yang ada.

“Kewujudan kumpulan aplikasi whatsapp ini dirasakan sangat membantu pelajar dalam menggunakan kemahiran yang mereka ada dari pelbagai latar belakang dalam membantu mendapatkan pendapatan tambahan sepanjang pengajian mereka”, katanya.

Beliau menambah, pelajar hari ini banyak terdedah dengan penggunaan pelbagai aplikasi dalam meningkatkan kemahiran mereka sekaligus dapat membantu mereka memperoleh pendapatan sampingan.

Program UPM HIRE ini merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) dalam membantu pelajar dan komuniti dalaman UPM menggunakan kemahiran yang ada dan memperoleh pendapatan sampingan semasa pengajian.

Tarikh Input: 24/03/2023 | Kemaskini: 24/03/2023 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXETRAl~