UPM MENANG TEMPAT KETIGA COMPETE 2022 | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » UPM MENANG TEMPAT KETIGA COMPETE 2022

UPM MENANG TEMPAT KETIGA COMPETE 2022

Johor Bharu , 20 Oktober - Sekali lagi UPM telah melakar kejayaan apabila Muhammad Hafidz Bin Shahril Izwan daripada Fakulti Pertanian telah memenangi tempat ke-3 'Anugerah Business Award' sempena 'Competition For Potentially Excellent & Talents Entrepreneurs' (COMPETE 2022) dengan hasil jualan sebanyak RM47,000.00 sepanjang dua (2) bulan pertandingan ini berlangsung. Muhammad Hafidz yang kini pelajar tahun 1 menjalankan perniagaan percetakan baju dan merupakan pengasas MHSI Resources.

Pertandingan keusahawanan peringkat kebangsaan ini melibatkan 100 penyertaan daripada pelajar IPTA, Kolej Komuniti & Politeknik telah dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). 2 orang pelajar UPM telah mewakili pertandingan COMPETE 2022 ini iaitu Muhammad Hafidz sendiri serta Farah Haifa Binti Mohamad Fairus pengasas Farahfairus Beauty.

Muhammad Hafidz kini merupakan pelajar tahun 1 daripada Fakulti Pertanian telah memulakan perniagaan semasa dalam pengajian Asasi Sains Pertanian lagi. Menurutnya “ Pertandingan ini merupakan platform terbaik bagi saya mencari networking dalam perniagaan kerana saya boleh jumpa usahawan daripada kalangan pelajar daripada seluruh Malaysia. Kami saling bertukar-tukar idea dalam mempromosikan produk semasa pertandingan ini ”

Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah telah disampaikan oleh Puan Norisma Binti Mohd Ismail, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Pengajian Tinggi di Amari Hotel Johor Bharu.

Tarikh Input: 27/10/2022 | Kemaskini: 31/10/2022 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXDdNAe~