UPM MENYOKONG PROGRAM ‘JOM BELI LOKAL – EXPO BLUEDOME BAZAAR’ MEMBANTU USAHAWAN TEMPATAN | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » UPM MENYOKONG PROGRAM ‘JOM BELI LOKAL – EXPO BLUEDOME BAZAAR’ MEMBANTU USAHAWAN TEMPATAN

UPM MENYOKONG PROGRAM ‘JOM BELI LOKAL – EXPO BLUEDOME BAZAAR’ MEMBANTU USAHAWAN TEMPATAN

SERI KEMBANGAN, 15 Julai – Program ‘Jom Beli Lokal’ bersempena Expo Bluedome Bazaar telah diadakan di Sapura Bluedome Mines pada 15 Julai 2022 hingga 17 Julai 2022.

Menurut Prof Madya Dr. Mass Hareeza Ali, Pengarah CEM, program ini dilihat dapat menyokong dan memberi peluang kepada usahawan tempatan kembali aktif dalam dunia perniagaan setelah hampir dua tahun mengharungi era Covid-19.

UPM disertai oleh 6 penyertaan terdiri daripada pelajar, staf dan pensyarah yang menjual produk berasaskan makanan dan minuman, pertanian, kosmetik, pendidikan dan cenderamata. Manakla itu, seramai 50 orang usahawan pelajar UPM juga turut hadir memeriahkan Expo Bluedome Bazaar ini untuk berinteraksi, mendapatkan maklumat, meraih idea dan menjalinkan hubungan dengan ratusan peniaga tempatan yang mengambil bahagian.

“Program ini juga dilihat dapat membuka peluang kepada para mahasiswa untuk menceburi bidang keusahawanan dan sebagai salah satu inisiatif untuk memberi pendedahan dan memupuk minat terhadap dunia keusahawanan. Selain itu, ia juga menyediakan pelantar untuk memulakan perniagaan sendiri, sekaligus melahirkan usahawan baharu,” katanya.

“Kami gembira dengan kerjasama daripada pihak UPM dalam usaha Sapura membangunkan generasi usahawan muda tempatan. Usaha-usaha itu termasuklah memberikan mereka kemudahan berniaga dalam program ini”, kata Puan Siti Suhaini, Penyelaras  ‘Jom Beli Lokal’ Sapura Resources Berhad (SRB).

Program ‘Jom Beli Lokal’ bersempena Expo Bluedome Bazaar tersebut diadakan untuk menyokong usaha memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar dan membuka peluang perniagaan kepada peniaga mikro. Ia dianjurkan oleh Sapura Resources Berhad (SRB) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Keusahawanan & Kebolehpasaran Graduan (CEM), Universiti Putra Malaysia (UPM).

Tarikh Input: 06/08/2022 | Kemaskini: 06/08/2022 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEaMAh~