UPM RAIH RM165,000 BAGI PROGRAM TUBE @ IPT LATIH GRADUAN USAHAWAN | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » UPM RAIH RM165,000 BAGI PROGRAM TUBE @ IPT LATIH GRADUAN USAHAWAN

UPM RAIH RM165,000 BAGI PROGRAM TUBE @ IPT LATIH GRADUAN USAHAWAN

SERDANG, 21 Jan – Program Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) @IPT merupakan program kerjasama antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), SME Corp dan UPM telah diadakan secara dalam talian. TUBE @IPT berkemampuan melahirkan usahawan muda berdaya maju dan berdaya tahan tinggi di pasaran sekali gus meringankan beban kewangan usahawan pelajar serta graduan.

Pengarah CEM, Prof. Madya Dr Mass Hareeza Ali berkata program dilaksanakan secara rintis itu akan melatih 160 graduan Bumiputera dari lapan Institut Pengajian Tinggi (IPT) termasuk UPM seterusnya akan dibimbing dan dipantau oleh pihak SME Corp selama 12 bulan.

“Peserta program ini akan diberikan latihan kemahiran keusahawanan mencakupi bidang pengurusan, kewangan dan pemasaran digital termasuk penyediaan ‘BissCounselor’, memberikan khidmat nasihat pakar berkaitan perniagaan,” katanya.

Pengarah CEM menambah lagi, dana sebanyak RM15,000 juga disediakan kepada setiap peserta untuk mereka memulakan perniagaan melalui program tersebut di samping 11 peserta dari UPM ini akan diberikan latihan berbentuk ‘Training of Trainers (TOT)’ untuk menjadi BissCounselor.

“Kerjasama yang ditumpukan kepada bidang keusahawanan dan kebolehpasaran graduan itu merupakan agenda penting kepada kerajaan khususnya dalam situasi pandemik melanda negara ketika ini.”, menurutnya lagi.

Program TUBE@IPT merupakan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), SME Corp dan IPT.

Penulis: Ahmad Fauzi Abu Bakar

Tarikh Input: 21/01/2022 | Kemaskini: 21/01/2022 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEbGAA~