UPM RANGKUL ANUGERAH MAJIKAN PILIHAN GRADUAN (GCA) 2023 | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » UPM RANGKUL ANUGERAH MAJIKAN PILIHAN GRADUAN (GCA) 2023

UPM RANGKUL ANUGERAH MAJIKAN PILIHAN GRADUAN (GCA) 2023

SUBANG JAYA: Universiti Putra Malaysia (UPM) dipilih sebagai majikan pilihan dalam kalangan mahasiswa sempena Anugerah Majikan Pilihan Graduan (GCA) 2023 pada Khamis. UPM menerima anugerah tersebut dalam sektor Universiti Awam.

Timbalan Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan UPM, Ludinata bin Misnun yang mewakili Naib Canselor UPM menerima trofi GCA bersadur emas 24K bersama sijil pencapaian tersebut daripada Pengasas Talentbank dan Pengerusi Anugerah Majikan Pilihan Graduan 2023, Ben Ho.

“Anugerah yang kita terima ini membuktikan bahawa jenama UPM merupakan salah satu di antara majikan yang menjadi pilihan graduan untuk bekerja”, katanya.

Beliau berkata, pilihan graduan ini dibuat melalui kajiselidik yang dijalankan oleh Talentbank dalam kalangan 200,000 pelajar di seluruh Malaysia selama setahun dari 31 Julai 2021 hingga 31 Julai 2022.

Ditubuhkan pada 2010, Talentbank ialah pemboleh ubah dalam ekosistem kebolehkerjaan graduan yang memberi tumpuan kepada melahirkan calon yang bersedia untuk terjun ke pasaran kerja bertaraf dunia.

Pemenang anugerah universiti awam lain termasuk Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Anugerah Pilihan Graduan 2023 yang diadakan di Sunway Hotel Resorts & Spa itu bertujuan meraikan dan mengiktiraf kecemerlangan organisasi yang berusaha merapatkan jurang antara industri dengan akademik dari 46 sektor pekerjaan seperti perkhidmatan perakaunan & profesional, automatif, perbankan, kejuruteraan, pembinaan, hiburan, fesyen, Fintech, kesihatan, petroleum & gas, pembuatan, peruncitan, ICT, penerbangan, konsultasi, kosmetik, insuran, pengurusan fasiliti, telekomunikasi, sosial media, pendidikan dan lain-lain lagi.

Tarikh Input: 08/01/2023 | Kemaskini: 28/11/2023 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEYOAY~