UPM TERIMA PENGHARGAAN PUNB | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » UPM TERIMA PENGHARGAAN PUNB

UPM TERIMA PENGHARGAAN PUNB

Kuala Lumpur, 18 Disember 2024 - Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) menerima penghargaan daripada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) di majlis meraikan ulang tahun ke-15 Program JumPER menerusi penglibatan UPM dalam Program Uni-Challenge 2024 baru-baru ini.

Pertandingan berkonsepkan Keusahawanan Sosial yang direka khas untuk mencungkil bakat keusahawanan dalam kalangan mahasiswa itu dilaksanakan di lima buah institusi pendidikan tinggi (IPT) terpilih seluruh negara iaitu Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Menurut Timbalan Pengarah CEM, Ludinata Misnun yang mewakili Pengarah CEM, program tersebut telah memberi platform kepada mahasiswa untuk mereka mencipta perubahan dalam komuniti melalui idea-idea segar dan inovasi perniagaan.

“Kita berharap, kerjasama erat PUNB dengan UPM dapat dilanjutkan lagi pada tahun hadapan dengan penyertaan yang lebih ramai”, Katanya, selepas ditemui di majlis penghargaan tersebut.

PUNB diwujudkan untuk meningkatkan penyertaan dan penglibatan Bumiputera dalam bidang keusahawanan serta melahirkan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang dinamik, berdaya tahan dan progresif.

Ditubuhkan pada 17 Julai 1991 di bawah Akta Syarikat 1965, PUNB adalah syarikat milik penuh Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB), pada 2010 ia mula beroperasi sebagai syarikat patuh syariah sepenuhnya dan diletakkan di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri (JPM). - CEM

Tarikh Input: 23/12/2024 | Kemaskini: 14/01/2025 | zubair

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
X, (12:55:23pm-01:00:23pm, 04 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]