UPM TERUS CATAT KENAIKAN PERATUS KEBOLEHPASARAN GRADUAN TAHUN 2021 | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » UPM TERUS CATAT KENAIKAN PERATUS KEBOLEHPASARAN GRADUAN TAHUN 2021

UPM TERUS CATAT KENAIKAN PERATUS KEBOLEHPASARAN GRADUAN TAHUN 2021

SERDANG, 29 Julai – Kebolehpasaran graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) mencatat peningkatan pada tahun 2021 kepada 95.4 peratus berbanding tahun 2020 sebanyak 93.5 peratus.

Pengarah Pusat Pembanguan Keusahawanan dan Kebolehapasaran Graduan (CEM), Prof. Madya Dr. Mass Hareeza Ali @ Hamid berkata peratus kebolehpasaran graduan meningkat kepada 95.4 peratus pada tahun bergraduat

Katanya, peratusan kebolehpasaran graduan itu dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) baru-baru ini bagi tahun 2021 merangkumi graduan bekerja, penyambung pengajian, menunggu penempatan dan graduan meningkatkan kemahiran.

“Angka itu bermaksud kualiti graduan UPM sangat membanggakan. Cuma kira-kira 4.6 peratus sahaja daripada mereka yang tidak mendapat pekerjaan dalam tempoh itu,” katanya lagi.

Untuk tahun 2022 ini pula, beliau berkata UPM meletakkan sasaran lebih tinggi iaitu 96 peratus kebolehpasaran graduan, iaitu bagi mereka yang akan menyertai Majlis Konvokesyen pada bulan November 2022 nanti.

Katanya, antara sebab ada yang tidak memperoleh pekerjaan dalam tempoh bergraduat ialah ada yang memilih untuk tidak bekerja kerana gaji yang diterima tidak setimpal, pemilihan lokasi pekerjaan dan ada juga yang ingin berehat & melancong sebentar.

Menurutnya, ada pula yang terlalu memilih pekerjaan dengan mahukan kerja yang berkaitan dengan bidang akademik yang dipelajari sahaja.

“Graduan perlu bersifat fleksible dan terbuka, mereka perlu merebut setiap peluang kerja yang ada dahulu,” katanya.

Beliau juga berkata, kelayakan akademik bukan penentu dalam memperoleh pekerjaan kerana majikan akan juga mengambil kira faktor lain seperti kemahiran insaniah (soft skill).

Justeru katanya, CEM sebagai pusat tanggungjawab akan cuba menggalas tanggungjawab dalam membantu pelajar dalam meningkatkan peratusan kebolehpasaran graduan termasuklah mengadakan program berbentuk kemahiran insaniah, pandanan bersama syarikat dan juga program keusahawanan.

Tarikh Input: 19/08/2022 | Kemaskini: 19/08/2022 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEYDAT~