UPM X PERKESO: MYCAREER @ MOHE 2022 TAWAR LEBIH 1400 PELUANG KERJA | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » UPM x PERKESO: MYCAREER @ MOHE 2022 TAWAR LEBIH 1400 PELUANG KERJA

UPM x PERKESO: MYCAREER @ MOHE 2022 TAWAR LEBIH 1400 PELUANG KERJA

SERDANG, 29 Jun - Lebih 1,400 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang ditawarkan sempena Karnival Kerjaya & Keusahawanan UPM x PERKESO: MYCAREER @MOHE 2022 yang berlangsung pada 29 Jun 2022 di Perpusatakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Keusahawanan & Kebolehpasaran Graduan (CEM), UPM dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan rakan strategik Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

 Program tahunan pasca Covid-19 kini diadakan buat pertama kalinya secara fizikal untuk meningkatkan membantu graduan UPM mendapatkan pekerjaan, selain membantu ahli komuniti setempat  turut serta dalam memburu pekerjaan.

Prof Madya Dr. Mass Hareeza Ali, Pengarah CEM berkata, karnival itu mampu menjadi platform kepada graduan mendapat peluang pekerjaan mengikut bidang masing-masing.

“Ini adalah peluang terbaik untuk mengintai peluang pekerjaan yang disediakan secara bersemuka dan berinteraksi dengan para majikan yang hadir.

“Selepas negara memasuki fasa endemik, ini adalah kali pertama program secara fizikal dilaksanakan dengan kehadiran sebanyak 16 majikan yang menawarkan lebih 1,400 peluang pekerjaan yang di dalam karnival kerjaya ini. Antara sektor yang terbabit ialah kejuruteraan, kewangan, perkhidmatan, peruncitan dan logistik,” katanya.

Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akdemik & Antarabangsa) UPM berkata, penganjuran karnival ini selaras dengan misi universiti untuk mencapai sasaran 85 peratus graduan mendapat pekerjaan, seperti yang digariskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada tahun ini.

Karnival yang berlangsung selama satu hari itu turut menyediakan pelbagai aktiviti kepada pengunjung termasuklah pengisian perkongsian MYFUTUREJOBS, temuduga terbuka, pameran agensi dan juga penganjuran Festival Kendera-Makanan (food truck) 1.0, CEM.

Karnival Kerjaya & Keusahawanan UPM x PERKESO: MYCAREER @ MOHE 2022 ialah program kerjaya yang komprehensif dalam usaha untuk membuka ruang perbincangan dan perkongsian maklumat berkaitan kerjaya daripada majikan dan agensi luar kepada bakal graduan UPM dan Institusi Pengajian Tinggi yang lain.

Tarikh Input: 26/07/2022 | Kemaskini: 26/07/2022 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXDdDAy~